Kamis, 14 November 2013

Sighah Mubalaghah


صيغ المبالغة - Sighah Mubalaghah
صيغ المبالغة
‘Sighah mubalaghah’ (صيغ المبالغة) merupakan antara pecahan daripada ‘isim musytaq’ (المشتقات)yang dibina daripada fiil bagi menunjukkan makna isim fa’il bersama ta’kid al-ma’na (تأكيد المعنى ) yakni membawa maksud melampau-lampau atau berlebih-lebihan (المبالغة).

Dan asma al-husna antara yang banyak menggunakan sighah mubalaghah bagi menunjukkan Allah SWT yang Maha Agung, Maha Mendengar dan lain-lain.


Sighah mubalaghah ini tidak diterbitkan kecuali daripada fiil thulasi (الثلاثي) sahaja. Terdapat 5 wazan yang masyhur iaitu:

1. فَعّال  contoh : علّام- سفّاح – أكّال
2. مِفعال - contoh :  مِقدام- مِئْكال – مسماح
3. فَعُول - contoh :  شكور – أكول – صبور – ضَرُوب
4. فَعِيل - contoh :  عليم – نصير – قدير- سميع
5. فَعِل - contoh :  حذر – فطن – لبق – فكه

Terdapat juga 5 wazan yang lain, namun penggunaannya teramat sedikit, yakni jarang diguna pakai. Ahli Sorf terdahulu berpandangan ianya merupakan sama’iah (سماعية).  5 wazan ini ialah:

1. فاعول  contoh: فاروق
2. فعِّيل - contoh:  صدّيق
3. مِفْعيل - contoh: مِعطير
4.  فُعَلَة- contoh: هُمزة
5. فُعَّال - contoh: فُعَّال

Namun begitu, terdapat juga sighah mubalaghah bagi fiil yang bukan fiil thulasi yang TIDAK mempunyai kaedah. Contohnya:

أدرك – درّاك
أعان – معوان
أهان – مهوان
أنذر – نذير

أزهق – زهوق



3 komentar: